Melangkah hidup Baru - Menimba Ilmu.

9:23 PM Shamsul 0 Comments

Mula hidup bersaorangan saya dinasihati oleh saorang sahabat baik saya, Alan Hautamaki yang pada suatu ketika pernah menjadi jiran apartment kami. Lan bertugas sebagai student councelor di- Universit Of Wisconsin, Green Bay , (UWGB). Beliau sering menasiahtkan saya untuk menyambung belajar kaunivesiti sebab beliau percaya yang saya mempunyai kebolehan lebih daripada menjadi saorang ‘Packing House’ employee’. Saya tidak mengambil tindakan atas nasihat beliau sebab rasa lebih mudah membuat apa yang saya sudah menjadi cekap untuk membuat duit. Juga saya tidak percaya akan diterima masuk ke univesiti kerana tdak mencukupi kelayakan sijil (SPM). Aapabila saya beritahu akan sebab ini beliau bertanya apa itu SPM saya pun terkejut dan mula memikir yang sijil Malaysia itu tidak laku di –US. Beliau kata yan saya perlukan ialah menduduki SAT test untuk memastikan yang saya boleh bertutur dan menulis dengan tidak ada masaalah. Jikalau saya lulus saya akan diterima menjadi student tampa halangan.
Perlukah saya lulus dalam sabjek mathematic? Tentu sekali. Ah..sorry la, ini pekara yang musthil bagi saya dan saya ceritkan pahit maungnya saya hadapi di sekolah rendah kerana math. Setelah mendengar alas an saya beliau kata jagan khuatir jikalau saya betul mau ubah hidup saya pada masa depan saya akan lakukan apa yang dia nasihatkan. Dia akan bawa saya berjumpa dengan math councelor di university dan terpulang pada saya mau atau tidak. Kami membuat temujanji dengan Mr. Armstrong di university untuk saya dengar nasihat beliau. Pendek kata, Mr. Armstrong satelah mendengar alasan2 yang saya beri berkata yang apa yang sudah berlaku sudah pun berlalu sekarang jikalau saya mahu lulus dalam sijil SAT ini saya perlu buat apasaja yang dia arahkan tampa sebarang alasan lagi.
Selepas mmenajalani latihan selama sebulan dibawah saorang guru yang penuh kesabaran dan bijak mengenal kelemahan2 yang selama itu mecengkami emosi saya bekenaan subject math hingga menjadi satu phobia hidup. Saya masa mengambi pepereksaan LCE dan SC apabila di arah bermula dalam kertas mathematic hanya tulis nama saya dan bagun meningalkan dewan pepereksaan. Guru2 saya yang pernah mengajar subject ini dari tingkatan satu ketingkatan lima pening kepala dan mati akal dengan daya upaya mereka untuk membuka minda saya supaya faham betapa mudahnya ilmu hisab. Tetapi hati saya telah hancur dirennyak oleh guru2 sekolah rendah saya di Francis Light Primary school dimana saya dengan kejamnya dihukum tiap2 hari termasuk menangal seluar saya dihadapan murid lain dan di rotan oleh guru besar kemudianya. Saya pernah menaruh dendam hinga sangup membunuh satu dua antara mereka jikalau saya mempunyai senjata apai pada masa itu.

Salepas sebulan dan tiga kertas peperiksaan saya Berjaya dengan cemerlang mendapat seratus percent betul jawapan bagi  tiga2 periksa. Saya tidak percaya dan pernah bertanya Mr. Armstrong samaada itu sajakah jawapan2nya dan beliau berkata”Yes! That is all, what did you expect?” Sangat terhutang budi saya kepada beliau tidak dapat saya bandingkan. Dia bukan saja membuat saya faham selok belok ilmu hisab sahaja, malah  beliau mengubat satu jiwa yang penuh dengan keresahan hidup. Selepas lulus dengan cemerlang peperiksaan SAT, saya mula  memakan lima tahun tambah setahun sebab tidak mahu ianya berakhir.  Saya menjadi seperti saekor musang terlepas masuk reban ayam.

0 comments: