Berhijrah ke Amerika demi masa depan.
Boleh dikatakn pada masa itu walaupun kami
hidup berjauhan, beliau di Shah Alam dan saya di- Pulau Pinang, saya merasa ini
tidak tahan lama atas sebab ‘status’ kewargaan beliau dan Jabatan Imigresen
Malaysia. Juga beliau menghadapi sifat khianat dan dengki yang di amalkan orang
Melayu ditempat pekerjaanya. Kami membuat keputusan yang mana biarlah saya yang
menghadapi cabaran hidup kami ditanah air asal beliau. Maka berhijrahlah kami
tiga beranak ke-Wisconsin, suatu negeri yang paling sejuk pada musim sejuk
di-Amerika.
Perjalanan kami bermula
dengan dugaan yang paling ketara sebab setibanya kami dilapangan terbang Subang
International kami dapati oleh sebab salah membaca waktu pada tiket yang kami
beli kami deberi tahu oleh penjaga kaunter yang sibuk menutup kaunter disitu
yang kami terlewat dua jam dari waktu perlepasan kapal terbang yang kami hendak
naiki. Saya rasa kecut perut akan apa
yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku jika kami tidak dapat berlepas
oleh sebab segala wang himpunan kami telah dibelanjakan untuk perjalanan ini.
Kami tidak ada apa lagi untuk bergantung hidup di-Malaysia. Dalam keadaan resah
dan gelabah ini saya terpandang keluar tingkap bangunan dan Nampak sabuah kapal
terbang yang maseh belum begerak dan kenali yang itu ada kapal terbang yang
kami tempahkan; Air Chekoslovakia.
Saya pastikan dengan
pekerja yang ada disitu dan dia akui yang kapal terbang itu mengalami masaalah
dan tidak dapat berlepas lagi. Saya akhirnya dengan ugutan sekeras2nya berjaya
untuk beliau membenarkan kami tiga beranak menaiki pesawat itu. Tidak berpa lama kemudian begeraklah pesawat
meninggalkan tanahair yang aku kasehi untuk berapa lamanya wallahuallam. Perjalanan
yang memakan hampir dua hari itu singah di-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait
dimana anak kami yang baharu empat bulan umurnya menangis kerana perlukan susu.
Saya coba meminta bantuan dari dua orang Arab Kuwaiti yang bertugas disitu dan
mereka tidak melayan pemintaan kami malah menenking kapada kami dengan garang
dalam bahasa Arab. Saya di dalam hati saya melafaz sumpah tehadap mereka dengan mengatakan yang negeri
itu akan ditimpa bala kelak.
Perjalanan berlansung
dan menuju ke-Prague dimana pesawat mendarat dan kami menungu dalam bangunan
untuk pesawat itu dilengkapkan semula sabelum bertolak kedestinasi akhirnya,
iaitu New York. Semasa di udara melintas lautan Atlantic, saya terpaksa mendukung anak saya kesana kemari untuk
mendiamkan beliau dari terus menangis. Saya beritahu kepada isteri saya,
mungkin sayalah ma’nusia yang pertama berjalan kaki melintas lautan tersebut.
Mujurlah penumpang2 yang bersama kami tidak mengambil hirau atas apa yang
berlaku sepanjang perjalanan.
Anak kami satelah tiba
di –Wisconsin dan dirawati doctor telah didapati dijangkiti kuman yang mungkin
didapati dari pesawat atau mana2 tempat dalam perjalanan kami. Oleh itu sebab
jangkitan itu sangat mudah merebak maka ketiga2 kami dikuarantinkan dirumah
hingga dipastikan bebas dari jangkitan kuman ‘shigela worm’, itu, Salepas
bertolak dari Chicago Ohare International, kami akhirnya mendarat di – Austin
Straubel Airport, Green Bay, Wisconsin. Dipertengahan bulan Ogos musim sejuk
sudah tiba dan kelihatan dari dalam lapangan terbang itu menyejukan bukan saja
tubuh badan tetapi jiwa raga saya juga. Saya merasai yang saya telah membuat
salah pilihan dalam hidup saya dan persaan kesal menyentuh hati saya.
0 comments: