Kerana Nafsu, Badan Binasa.

9:20 PM Shamsul 0 Comments

Tempat tinggal saya di Milwaukee ialah satu bilek yang saya berkongsi degan pasangan warga emas. Ray dan Maybelle adalah rakan hidup dimana Ray yang lebeh muda daripada Maybelle menjaga temanya yang uzur. Kami tidak ada apa2 masaalah ber kongsi satu kediaman yang dimiliki Maybelle dan Ray juga saorang alcoholic sentiasa dalam keadaan mabok. Jiran kami adalah sabuah restoran Cina dimana saya selalu makan dan berbual dengan saorang gadis Cina yang bekerja disitu. Saya juga buat keputusan untuk mula melukis masa lapang saya sebab Isteri dan anak saya masa itu masih berada di Green Bay. Ujung minggu saya balik untuk bersama mereka.
Tdak beberapa lamanya isteri dan ank sya turut pindah kesuatu tempat berdekatan Milwaukee iaitu West Allis. Semasa di West Allis isteri dapat mejadi guru disekolah beredekatan tempat kami. Disinilah kami mula mersai yang hidup kami hanya berpura2 dan demi kebahagian masing2 kami buat keputusan untuk becerai. Sebab sabitnya yang lebih dalam tidak akan saya ceritkan disini kerana ia tidak akan medatangkan manafaat bagi sesiapa pun. Tetapi saya menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang berlaku seterus dalam hidup kami. Saya mengaku yang saya telah menjadi lebih teruk daripada beratus ekor lembu yang saya kerjakan selama tiga tahun lebih itu. Saya dekat2 hilang fikiran dan menyerah diri kepada nafsu dan persaan hampa atas kegagalan saya menjad saorang suami dan ayah kepada kedua3 hingga saya tidah lagi dapat membezakan yang salah dari yang betul.  

Percerain kami disaksikan oleh Kawan saya Joe Reka dihadapan mejistret di-Green Bay. Isteri saya diberi tangung jawab atas anak saya dan saya dikecualikan membuat apa2 bayaran sara hidup anak saya. Joe telah membuat rayuan dengan mejistret atas apa yang beliau ketahui tentang kami dna saya juga dikecualikan membuat bayaran terhadap court atau legal fees. Selesainya proceding itu saya dinasiahti Joe yang saya mengabil tindakan yang waras dan beliau percaya yang kami akan hidup lebih berma’na kerana perkahwinan kami sudah tidak ada harapan lagi hanya akan menjadi lebih buruk jukalau kami tidak tamatkanya.

0 comments: