Tukang potong Daging - Green Bay.

8:30 PM Shamsul 0 Comments

Pekerjaan yang lebih kekal datang melalui dua orang regular yang kerap singah di Farr’s Grove, mereka adalah supervisor bagi sabuah kilang memprocess daging lembu di-Green Bay. Green Bay Meats and Cold Storage adalah satu2nya kilang potong daging lembu yang terbesar di America. Saya dipelawa bekerja atas permintaan Chet Farr  sebab saya, perlukan pekerjaan sangat pada masa itu. Saya setuju untuk coba kebolehan saya dan masuk bekerja pada esok hari. Tiba di kilang tersebut saya dapati  yang perkerjaan itu bukan mudah dan perlukan tenaga yang saya jangka tidak perolehi. Sebab saya tidak ada alasan untuk menolaknya saya bermula sebagai saorang ‘Boner’.
‘Production line’empat saya kerja mempunyai dua barisan pekerja yang bediri mengadap masing2 dan di tengah begerak conveyor belt yang membawa potongan  lembu yang di kerat empat bahagian bagi saekor lembu. Bahagian hadapan dikenali sebagai ‘Chucks’ dan bahagian belakang ‘Hinds’.Saya ditugas memotong bahagian depan yang mengandungi dada dan bahagia leher lembu. Tugas kami adalah memisahkan tulang dari daging dimana tulang2 yang sudah dipisahkan dilemparkan di atas conveyor belt yang begrak pada paras atas dan daging di tolak balik semula pada conveyor belt yang dihadapan kami. Tiap2 saorang perlu menarik keluar suku lembunya mengikut giliran.
Alat yang perlu kami  ada termasuk beberapa bilah pisau potong daging ikut kehendak sendiri, Sarung tangan dan termasuk sebelah ‘mesh glove’ atau sarung tangan yang diperbuat degan  jala besi untuk mengelak luka tangan bila ashik memotong. Tangan yang tidak memegang pisau menguna besi cakuk atau ‘hook’ untuk memegang daging.  Juga di sediakan satu ‘Belly guard’ yaitu sakeping ‘apron’  getah yang keras untuk menutup bahagian perut. Untuk memastikan yang pisau di guna sentiasa tajam,sebilah alat yang dipangil ‘Steel’ dan sebilah ‘ceramic’ di gantung dari pingang. Batu asah dan sarung menyimpan pisau2 yang tidak di guna juga disediakan.’
Kami diperlu memakai ‘coveralls’ bewarna puteh dengan ‘cap’ dan juga kasut boot yang tahan lasak dan tidak di tembusi air atau ‘Waterproof Boots. Pekerjaan kami bermula apabila suku bahagian lembu mula dibawa melalui depan kami atas conveyor belt. Daging ini dikerat dua  oleh ‘The sawman yang bertugas dikepala line dimana lembu tiba dalam keadaan saekor dibelah dua mengikut tulang belakang dari leher kebahagian pungung. Tulang belakang maknanya dikerat sama tengah dan kemudian dibelah menjadi empat.
Dari awal pagi hinga petang kami memotong kadangkala lebih serauts ekor lembu dalam satu hari. Dalam lapan puloh orang bekerja memotong daging dan diawasi oleh empat orang supervisor semasa bekerja. Bila tiba masa untuk keluar dari kilang itu kami belumuran darah dari hujung rambut kehujung jari bak pepatah Melayu. Oleh sebab kami bekerja dalam bilek yang sejuk kami terpaksa memakai pakain yang tebal seperti sweater dan thermal underwear untuk memanaskan badan. Oleh sebab kerjanya sangat lasak kami .berpeluh di dalam lapisan pakaiyan kami. Apabila sudah kian lama berkerja saya menjadi mahir dan dapat memuat ‘Tali’, yaitu memotong lebih banyak daripada yang diperlukan. Tiap2 yang lebih kami dibayar extra dan ini membuat kami bekerja dengan pantas belumba2 untuk memngeluarkan lebih banyak daripada orang lain. Daging yang dipisahkan tulang dari daign ini di kotakan dan dihantarkan ketempat2 yang mebikin hamburger. Ada bahagian daging yang di potong degan teliti dan dijualkan aasing seperti bahagian ‘tendrloin’ dan ‘Bisket’ yang digunakan untuk me mbuat steak.

Saya keluar rumah awal pagi belum matahari timbul dan pulang larut petang selepas matahari tengelam tiap2 hari bekerja. Pada musim sejuk atau winter saya terpaksa memakai tiga empat lapis pakayan dan temasuk kasut salji atau ‘snow boots’. Saya menumpang naik kereta kawan sama kerja  pada mulanya hingga say adapt lessen dan kereta sendiri.  Saya membawa kereta Chevy Nova yang diberikan kami oleh ibu mertua. Kereta ini hasil bayaran pampasan untuk dua biji kereta satu hak Mertua uang lagi satu hak adek ipar dan kedua2nya telah mengalami kerosakan bilah ditimpa hujan batu atau ‘hail’. Hujan batu yang berlaku sabelum kami sampai dari Malatsia itu telah mengakibatkan kemek pada body kereta seperti dihentam bola golf. 

0 comments: