Menadapat Ilham Hidup.
Sudah terlambat untuk
menyesal yang hanya dapat dibuat hanyalah tabahkan hati dan ikut jejak langkah
menuju keluar dan menghadapi kesejukan dan apa jua yang akan ditempuhi kelak. Memandangkan
langit yang kelabu warnanya tampa awan dan pohon2 tampa daunya, saya menerima
hakikatnya yang masa depan kami anak beranak akan menempuhi cabaran dan
rintangan. Sampai di kediaman ibu mertua dan satelah menerima keputusan dari
doctor mengenai kesehatan kami, anak dan diri kami dikuarantinkan, perasaan
saya terus merudum hingga saya rasa yang saya akan hilang akal.
Sudah menjadi tabiat
saya mengadap TV tiap hari menonton siri jenaka yand di tayangi tampa warna
seperti siri berjodol “ Private Gomer Pyle” atau “Giligan’s Island”,
M>A>S>H 4077 dan lain2. Saya selalu bersarong dan memakai hanya
T-Shirt walaupun di luar cuaca sejuk gila2.
Ini sebab Ibu mertua saya sangat perihatin akan keselesaan saya dengan
meninggikan suhu dalam rumah. Beliaulah penawar dalam menempuh cabaran hidup
pada masa itu. Kaki dia sentiasa bengkak dan ke. rana umur dan penyakit
Athritis beliau sentiasa dalam keadaan kesakitan. Walaubagaimana pun tiap2 hari
beliau kejiran sebelah bekerja memasak.
Pada satu ketika tengah
ashik menonton TV saya tepandang di luar tingkap dan terchengang degan apa yang
saya lihat. Diluar saya nampak ketul ketul kapas melayang turun kekiri kekanan
dengan perlahan. Keindahan phenomena itu membuat saya terpaku dan minda saya
jadi kosong, saya dengar apa2 pun walau TV berbunyi di hadapan saya. Saya
bangun dan berkejar keluar dari pintu belakang tampa hirau teriakan isteri saya yang sedang membasuh pingan
mangkuk disinki. Tiba diluar saya berdiri dengan menatangkan tangan dan
melangut ke langit sambil coba menangkap kapas2 yang jatuh dari langit itu.
Saya hanya sedar kelakuan saya yang aneh itu apabila saya dengar suara ibu
mertua saya yang kuat dan nyaring menyruh saya masuk belum saya bekukan pongung
saya. ‘Come right back in before you freeze your butt!’
Bila sedar saya baru
rasa kaki saya macam pijak ais sebab berkaki ayam dan saya tidak memakai apa2,
hanya kain dan T-Shirt. Semasa into juga saya terdengar suatu bisikan yang
mengatakan, “ Kamu sekarang berada di negeri orang dan tiada siapa yang kenal
atau tahu dirmu, penakut atau berani, cerdik atau bodoh, inilah peluang bagimu
menepuk dada tanya selera.” Saya masuk dengan persaan ayng sangat memeransangkan
saolah menerima satu ilham, saya rasa ringan semula penuh keyakinanan,dapat menentukan
haluan hidup sendiri di-Amerika.
0 comments: