Selamat Datang ke-Packer Country.

8:28 PM Shamsul 0 Comments

Disitu lah akhirnya peringgatan saya tentang trajidi meminum Sembilan shot brandy yang di hadiahkan saya oleh Chester Farr, tuan empunya Farr’s Grove, di Duck Creek, Brown County, Green Bay, Wisconsin! Keesokan hari saya dapati yang saya telah diterima sebagai saorang daripada keluarga penghuni Duck Creek dengan rasminya. Saya di beri kerja mencuci bar dan pelbagai tangung jawab yang datang dengan jawatan itu. Saya ditunjuk ajar bermain pool, ‘Ice Fishing’ menungang Snowmobil dan lain2. oleh berberapa pengunjung remaja yang selalu singgah disitu dan dikenalkan kepada siapa jua yang masuk keluar. Selama saya tinggal bersama mertua saya tidak pernah melihat saorang pun yang bukan kulit puteh.

Tidak berberapa lama kemudian saya dapat bekerja di-Lambeau Field, stadium dimana permainan American Football diadakan dan ianya ialah rumah bagi,’ The Greenbay Packers’, pasukan tempatan yang dimileki oleh penduduk2 Green Bay  sendiri.  Ibu mertua saya adalh salah saorang yang memegang saham team football dan tiap2 tahun dia menerima season tiket untuk menonton perlawanan2 yang di adakan di-stadium ini. Saya dan isteri saya dapat peluang menonton beberapa lawanan yang diadakan di stadium itu. Orang yang paling mustahak bagi tiap team  Amrican Footbal ialah yang digelar, Quarter Back dan pada masa itu Bart Starr menjadi Quarter Beck bagi Green Bay Packers dan beliau sangat handal dan Berjaya membawa team ke perlawanan akhir di-Super Bowl sebanyak tiga kali.

0 comments: