Highway 666 - Antara Gallup dan Durango.

11:00 PM Shamsul 0 Comments

Dari Phoenix saya mula bertolak kearah timur semula untuk menuju kedestinasi ketiga saya, yaitu the Stata of Colorado. Pada pertamakalinya saya  ditahan polis Highway Patrol yang mengekori saya dan menahan sebaik saya masuk susur keluar ke-Highway  menuju sempadan New Mexico dan Colorado. Saya di minta lessen dan dirurh tungu dalam kereta sementara beliau membuat siasatan lanjut melaui computer didalam kenderaanya. Sebentar kemudian beliau memulangkan lessen saya dan bila ditanya sama ada saya membuat apa2 kesalahan dia kata tidak. Beliau member tahu saya yang kereta saya sama rupa bentuknya dengan kereta yang direpotkan melangar dari meningalkan tempat kejadian, ‘hit and run vehicle’.
Saya sambungkan perjalanan menuju ke-Gallup, sabuah Bandar yang kecil dimana saya dapat menuju utara ke-Colorado dan seperti biasa saya tidak kira sangat siang atau malam membuat perjalanan. Pada masa itu juga wang saya sudah mulai berkurangan jadi saya terpaksa memastikan sampai ka-destinasi saya secepat mungkin. Jika dipandang balik kebanyakan tindakan dan risiko yang saya ambil sepanjang perjalanan  itu memang tidak masuk akal. Saya menaruh penuh kepercayaan kepada kereta Cehvy Impala yang saya memandu itu dan tidak terlintas di hati apa akan terjadi jikalau ianya rosak atau kehabisan minyak.
Setiba saya di-Gallup, New  Mexico, saya mulai muju kearah selatan dan jalan yang sepanjang 65 batu itu akan membawa saya ke sempadan New Mexico dan Colorada disebuah lagi Bandar yang kecil yang bernama Durango. Jalan in terletak dikawasan Navajo Reservation atau perkampungan Native Amerikan, puak Navajo. Jalanya lurus dan tiada apa2 kediaman atau lampu disepanjang jalan dua hala itu. Pada satu ketika saya Nampak ada lampu kereta menuju saya dari jauh, sekejap ada sekejap hilang oleh sebaba jalan yang melalui curang tinggi dan rendah. Hujan renyai membasahi muka jalan dan kirikanan gelap gulita.
Kian lama makin dekat sepasang lampu itu dan pada mulanya saya tidak merasa hirau senhingalah iahampir dakat dan saya rasa pelik seakan2 beliau memakan disebelah jalan yang saya berada. Untuk memastikanya saya turunkan tingkap dan perhatikan garisan kuning di atas jalan dan dapati memang betul yang kereta didepan saya menuju dan akan bertembung dengan saya jikalau saya tidak lakukan sesuatu dengan cepat. Saya buat keputusan membalas steering kereta saya ke kiri supaya pertembungan akan berlaku pad sebelah pessenjer dan dengan kuatnya kereta itu hentam kereta saya hingan memusing dia atas jalan disebabkan juga basah jalan itu.
Tindakan saya serta merta setelah selesai berlakunya kemalangan itu ialah keluar dari kereta dan memasti yang lampu masih menyala dan enjin masih hidup. Sudah pasti keduanya tiada mengalami kerosakan saya memandang kereta yang baru sudah hentam saya dan dapati ia sudah jauh meningalkan saya dengan kelihatan hanya dua lampu merah sekejap ada sekejap hilang. Saya terus masuk kedalam kereta dan meneruskan perjalanan. Peristiwa ngeri itu saya tidak fikir banyak, yang musthak ialah saya dapat kedestinasi yang saya tujukan. Jam di dash board kereta menunjukan yang ianya jam satu pagi pada masa itu.
Berberapa minit berlepas dari situ saya ternampak ada orang bederi di tepi jalan dan menghulurkan tangan dengan ibu jarinya keatas meminta tumpang kereta saya. Tampa memikirkan apa2 saya berhenti dan benarkan diamasuk tetapi dia tidat buka pintu sebaleh pessenjer dan terpaksa masuk di sebelah driver’s seat. Pada masaitlah baru saya sedar bertapa teruknya perlangaran yang berlaku hingga sebelah kanan kereta saya leper dari depan kebelakang, kedua2 pintu tidak dapat di buka Sama sekali.
Penumpang yang baru saya kutip dar tepi jalan itu ialah saorang tuan Native Amerikan puak Navajo dan beliau terus bertanya kemana yang saya hala tujuan sa ya. Saya dengan tidak emeikir banyak kata .ke-Denver, Colorado. Beliau dengan tegas dank eras berkata saya tidak dapat kesana pada mealam itu, tidakah saya mengikut berita di radio yang member amaran tentang salji yang sedang turun dengan tabalnya dimerata kawasan di situ? Saya berkata didalam hati, saya tiada pilihan, duit saya hanya mencukupi untuk sampai ke-Denver, tetapi saya tidak berkata apa2. Samapai ke pekan Durango orang tua penumpang saya turun dan dengan amaran terakhirnya menuju kehala bangunanan berdekatan dan saya setelah memandangkan beliau tiada kelihatan lagi, bertolak menuju kearah Denver.

Tidak jauh satu kilometer dari pecan itu kereta saya berhenti dan walaupun tayarnya memusing badanya tidak bergerak. Saya keluar dan membuat pereksaan dan saya dapati perut kereta tergantung atan salji yang tebal. Dengan penuh curiga saya mula berundur dengan perlahan dan mujurlah tayar kereta mulai dapat mencenkam muka jalan dan kereta dapat begerak. Saya hanya ada satu pilihan iaitu pusing balik dan dengan keadaaan minyak kereta yang baki boleh sampai ke Albuquerque, New Mexico. Disitu peluang saya mendapat bantuan mungkin lebeh mudah daripada pekan2 kecil berdekatan perkampungan puak Navajo, ‘Navaho Reservation’.( perhatian- bunyinya sebutan Navajo ialah Navaho, bukanya jo tetapi ho.)

0 comments:

Arizona - Organ Pipes Mountain

10:43 PM Shamsul 0 Comments

Tergerak dalam hati saya yang menyatakan, siapa boleh percaya yang peristiwa sebegini boleh berlaku dan bagaimana saya mencoba menceritkan ianya tak akan dapat mengambarkan kejadian itu dengan tepat, ‘Words could never describe what I experienced.” Oleh kerana saya tidak yakin yang saya boleh menulis dalam Bahasa Malaysia oleh sebab serinkali menulis dalam bahasa dan berfikir dalam Inggeris, saya tidak terfirkir mencobainya. Inilah pertama kali saya menulis kisah perjalanan hidup saya dalam bahasa Melayu dan setakat ini tulisan saya ini berlaku di-dalam pondok bertempat disabuah kampong yang bernama Lintang dekatan Belantik,  daerah Sik, Kedah. Saya dapat dorongan dari sahabat saya yang dikenali sebagai ‘Apek’ beasal dari Kota Aur berdekatan Belantik dan Empangan Muda.
Tempat Cochis menapak adalah didaerah yang di namakan Organ Pipes National Monument satu daerah pergunungan yang paling selatan sekali sebelum menemui Sonora Desert dan sempadan diantara US dan Mexico. Saya tinggalkan kereta di tempat yang agak tersembunyi khuatir dicuri ornag dan masuk kawasan pergunugan untuk melihat dengan ledih dekat kawasan itu. Dinamakan Organ Pipes sebab bentuk yang aneh batu2 disitu yang berdiri tegak seperti tiang dan pipe organ ayng terdapat didalam gereja2 besar dinegara barat. Ini satu lagi keindahan alam yang sangat menakjubkan dipandang dan saya berasa bertuah dapat mata kepala sendiri ciptaan Yang Maha Pencipta.
Dari situ saya gerak menuju kearah barat lagi hinga kesuatu tempat yang bersejarah yang dinamakan Fort Bowie. Tiada saoran manusia pun saya bertemu disitu malah dalm perjalanan saya lebih serauts kilometer tidak ada sebiji kereta pun yang saya menemui. Di Fort Bowie, adalah sabuah pengkalan askar pada zaman yang lampau dan digunakan oleh puak kulit puteh bila beroperasi menentang Native Amerikan didaerah itu. Di luar pengkalan itu terdapat satu perkuburan kecil dengan papan tanda kecil memparkan terletaknya kubur2 isteri dan anak Geronimo.
Saya bertolak darisitu menyambung perjalanan menuju kearah Bandar yang popular namanya dalam filem cowboy, yaitu Tucson, Arizona. Keunikan Bandar lagenda ini ialah kebanyakan baguanan2 dibina berciri Adobe stile of Aechitecture, atau mengikut cirri Latin America terutama di-Mexico. Bangunan disitu juga kebanyaknya dicat berwarna warni terutama ditempat2 hiburan dan makanan. Terleibu tak hamper dengan sempadan Mexico dan USA ianya menjadi tempat penuh beaktivitikan pernyagaan dan pertukaran barang diantara kedua2 negara termasuk barang2 yang diseludup.

Akhirnya saya setelah bermalam dua malam disitu saya tingalkan Bandar tersebut dan menuju ke-Phoenix, ibu Negara  State of Arizona.  Saya menetap beberapa hari di Phoenix dan dapat berehat daripada perjalanan yang telah say tempohi sebelunya. Saya menumpang dirumah rakan kepada rakan saya yang tinggal di Green Bay. Tidak apa2 yang menarik berlaku semesa saya dimsitu dan oleh sebab tuan rumah sibuk dengan kerjanya saya tidak kemana2.

0 comments:

Peristiwa Anih DiAlam Semula Jadi.

10:38 PM Shamsul 0 Comments

Perjalanan saya disambung semula menuju hala kebarat yang lalui satu lagi yang sangat bersejarah dalam kehidupan suku Native Amerikan yang diketuai oleh Cochis. Beliau juga adalah saorang Native Amerikan yang menetang puak kulit puteh habishabisan. Dalam perjalanan itu saya singah untuk bermalam ditepi sabuah sungai kecil yang mempunyai kolam air panas ditebing sungai yang airnya dingin. Sesudah ma=emasang khemah saya merendam sebentar dalam lubok air panas yang melegakan tubuh badan saya dari keletehan . Saya ternamapk satu sign yang ditulis tangan dan di gantung dipemukaan jalan yang kelihatan jarang diguna menaytakan ‘Hot spring’ dan itu yang menarik saya kesitu.

Selapas mandi saya duduk dihadapan khemah mengadap sugai dan berdiang memanaskan badan dengan ungun apai yang saya nyalakan dari kayu yang saya kutip di sekitar khemah saya. Saya susuk bertafakur merenungkan lambaian api ynag menyerah kawasan disekeliling saya. Tidak lama kemudian saya mersai yang ada sesuatu yang memerhatikan saya dari belakang dna mula merasa curiga, bulu ruma saya mula menegak dan saya bertanya2 berani menolaeh kebelakng atau tidak. Akhirnya dengan menabahkan hati saya menoleh kebelakang dengan perlahan dan terperanjat melihat enam ekor rusa berdiri tegak memandang saya dengan mata bulat beratur dari yang besar hinga yang kecil sekali. Mereka kelihhatan macam terpukau dengan keadaan saya disitu. Cahaya api membuatkan pemandangan itu ‘Sureal’ dna saya dengan perlahan coba mendapatka kemera saya dan pegerkan saya itu membuat merika lari.

0 comments:

Gila National Monument.

10:32 PM Shamsul 0 Comments

Pada esok harinya kami bertolak menuju kearah selatan kesuatu Bandar yang kecil bernama Silver City dan tujuan kami ialah melawat Gila , disebut Hila, National Monument. Tempat ini dikatakan adalah tempat dimana Geronemo ketua puak Aapache telah majdikan tubu puak beliau masa menentang Cavalry kulit puteh yang memburu mereka. Geronemo adlah pahlawan native American yang sangat terkenal dalam sejarah mengenai kezaliman kulit puteh terhadap puak suku Native Amerikan dlam ssatu pertempuran isteri dan saorang anak lelaki beliau telah terbunuh. Beliau akhirnya tertewas dan ditangkap. Beliau dan puaknya telah di hokum buang daerah keselatan Negeri Florida, tempat yang paling teruk penuh dengan hidupan liar seperti alligator dan lain2, tempat yang jauh berbeza darimana kebiasan hiddup mereka. Kebanyakan mereka mati dalam perjalanan.
Kami tiba di kawasan Gila National Monument petang hari dan tempat itu hampir tutup. Tetapi kami sempat mendaki muka bukit mana terletaknya gua besar, kubu Geronimo. Tempatnya terletakkira 2oo kaki mengikut maklumat yang disediakan dipejabat Tourist Information Center disitu. Kami keluar dari situmeng ekori Ranger yang bertugas disitu dan satelah beliau tingaalkan kami, kami patah balik untuk membuat siasatan lebeh terperinci pada malam hari. Kami mula mendaki muka bukit yang disediakan dengan kemudahan yang sediakan untuk para tourist membuat demekian. Tiba kami dimuka gua tempat perlindungan Geronimo kami dengan penuh curiga membuat keputusan memasukinya dalam gelap.
Tidak ada apapun di dalam gua yang besar itu, hanya batu hamparan yang lebar dan menghadapi muka gua. Duduk sebentar di delakan gua dan mengadap mukanya dimana hanya ternampak bintang dilangit dna kedengaran air sungai yang mengalir dicelah batu2 jeram 200 ratus kaki dibawah. Dengan perasaan agak kecewa sebab usaha kami tidak berbaloi kami buat keputusan meningalkan tempat itu.   

Keesokan harinya Jerry member tahu saya yang beliau tidak ingin menyyambung perjalanan dan hedak balik ka-Green Bay . Dia tidak membei alasan apa2 dan saya tidak tanya apa sebabnya. Bandar yang paling dekat dengan Kota Batu terletak diselatan Texas namanya saya sudah lupa. Disitu terdapat perkhidmatan bas Greyhound untuk membawa rakan remaja saya itu pulang. Saya tidak begitu kesal akan peningalan beliau sebab saya rasa itu telah ditakhdirkan dan saya henya ada diri sendiri untuk bertangung jawab.   

0 comments:

New Mexico

9:44 PM Shamsul 0 Comments

Selepas sarapan pagi bersama tuan rumah suami isteri yang sangat pemurah itu kami betolak menuju ke-New Mexico. Di kiri kanan jalan dahan2 di pohon diliputi ais atau frost yang berkilauan dipancar chahaya mata hari yang sedang mendaki kelangit yang biru tampan setitik awan untuk mencemar kebiruanya, ‘clear blue sky all the way.’  Diiringi lagu2 John Denver yang popular pada masa itu kami begerak masing2 diam tidak berkkata apa2 hanya merenungkan diri dan menikmati keindahan landscape yang kami lalui sepanjang jalan yang lengang  tampa banyak kenderaan lain berbatu2,’ just you and me, Jerry old boy, against the cold wind passing by’.
Albuquerque, New Mexico, namanya membawa peringatan sejarah silam Kot Melaka yang dirobohkan oleh Portuguese dibawah seragan yang di ketuai oleh De Albuquerque. Jerry dan saya singgah disebah bengkel kereta untuk menukar minyak hitam dan membuat engine check sersedikit sebelum teruskan perjalanan. Mengikut peta ayng kami bawa bersama satu2 tempat yang menarik yang paling dekat ialah Daming, dimana terletak,’The City of Rocks,” atau kota batu. Ini telah menjadi keputusan untuk bermalam disitu.
 The  City of Rocks, mengikut papan kenyataan disitu adalah suatu landscape semula jadi akibat letupan gunung atau gempa bumi.  Terletak ditengah ‘Prairie Landscape’, tanah yang rata diselimuti rumput tinggi, kelihatan dari jauh seperti sabuah kota yang penuh dengan bangunan tinggi dan bila dekat ianya hanyalah batu2 gergasi yang ditolak keluar dari muka bumi. Batu2 ini sama dengan ayng didapati disungai dan ditepi pantai, bulat dan berwarna coklat tua. Ini rupa bentuk dan warna batu sangatlah belainan dari kawasn sekiling nya.’’
Kami memasang khemah sampai saja disitu dan mungkin sebab keletehan Jerry terus masuk dan terlena dalamnya. Saya sedang memerhati sabuah bukit yang berbentuk meja tidak beberapa jauh dari kawasan Kota Batu dan timbul perasaan yang ingin tahu apakah yang berada di atasnya. Di kenali sebagai ‘Mesa’ dalan bahasa Spaniol, ia juga dipanggil ‘Table top Mountain’ dan bukit2 yang berbentuk begini banyak abnyak terdapat merata di-South West.  Dengan tampa memikir banyak saya terus atur langkah menuju kearah bukit tersebut dengan ingatan yang saya akan sampai dan kembali belum gelap.
Perjalanan saya memakan masa selama lebeh kuran setengah Sesampai saya disitu saya dapati hari sudah mula gelap dan matahari hampir tengelam meningalkan kesan ‘Sunset’ yang mengkagumkan di langit sejauh mata memandang membuatkan saya sebak dan melangut ke atas sambil berucap,Subhanallah!  mobil home yang berkhemah berdekatan dengan khemah kami saya rasa bernasi baik sebab hala balik saya dapat menuju kea rah itu kelak. Dalam keadaan kalang kelibut untuk datang kebukit itu saya tidak membawa lampu picit.
Sambil saya nikmati keindahan alam desekeliling saya tedengar dari jauh salakan anjing mungkin Cayote atau Prarie Dog, sayup dibawah sahut menyahut dari satu lokasi kelain. Saya tidak rasa khuatir sebab tidak mungkin merekanya boleh memanjat bukit ini walaupun tidak begitu tinggi. Tidak pernah saya seumur hidup sehingga masa itu menatapi langgit yang penuh degang bintang2 bekerlipan seperti taburan mutiara disekeliling saya. Betapa indahnya tadapat saya bandingkan dan saya coba bayangkan perasaan suku Native American yang pada zaman lampau berdiri disitu seperti saya betapa danmenadak tangan kelangit sambil menyahut “O Great Spirit, Mighty Wakan Tanka! I thank you for showing this to me!”

Salepas selesai persaan saya pada waktu itu saya kembali ke reality yang saya hadapi, yaitu meninggal tempat itu sebelum mati kesejukan. Dengan penuh persaaan curiga saya mula mendaki turun dalam gelap curang bukit meraba2 dan melongsur hingga luka dan lebam tubuh badan saya hinga sampai kaki bukit. Menunduk kepala terhadap sang bukit saya mula mengatur langkah kearah Kota Batu malangnya chaya lampu yang pada awalnya saya harapkan akan menjadi tumpuan saya menuju sudah tidak ada lagi! Saya rasa cemas dna mula khuatir yang saya dapat sampai keKota Batu dalam gelap. Dengan tiada pilihan saya berjalan dan perjalanan kembali saya menjadi satu mimpi yang ngeri dimana kaki saya terjerumus masuk satu lobang ke satu lobang dan rumput yang panjang menjadi seperti hutan yang menahn pergerakan saya tiap langkah.    cabaran yang sangan menakutkan. Akhirnya tiba saya membuat saya firkirkan betapa bodoh tindakan saya untuk mendaki Mesa tersebut. Saya sesat dalam mencari khemah kami dalam gelap. Tiap2 lorong dan diantara batu gergasi membawa saya ke jalan yang lain dan bunyian bermacam dikeliling saya menakutkan sebab saya tidak mempunyai lampu apa2. Saya telah melilau dalam gelap hamper dua jam sebelum menemui khemah dan tampa menangal pakaian saya rebah diri dan terus pengsan.

0 comments:

Mengatur Langkah Keluar Sempadan.

9:39 PM Shamsul 0 Comments

Proposal saya pendek kata diterima tampa soalan. Saya di beri green light atau lampu hijau tampa ditemu duga. Dengan ini saya mula langkah keluar kampus  dari Green Bay, Wisconsin menuju London, England dimana secara kebetulan  serombongan pelajar dari UWGB  akan kesana untuk melakukan study tour atau lawatan sambil belajar masing2, saya turutkan diri. Di- London mulalah pembukaan terai creativity saya memnikmati apa itu maknanya berkaria sabagai saorang pelukis jalanan. Selain daripada dapat menonton galeri2 yang terungul di dunia, saya juga dapat berkenalan dengan rakan2 dari UWGB yang saling bertanya apa yang saya lukis pada hari itu apabila kami pulang kerumah tumpangan kami pada malam hari.

Saya juga sempat membuat lawatan ke-Wales dan berjumpa degan abang sulung saya Razali yang pada masa itu sedang membuat Masters Degree beiiau disalah satu Univesiti disitu (Rexam?). Walaupun hanya besama beliau dan rakan2nya ahnya dua hari saya berpeluang melawat Bandar kecil yang menarik seperti Chester dimana terdapat bangunan sejarah Tudor yang unik reka bentuk dan sejarahnya. Degan pengalaman sebigini saya membuat keputusan untuk sentiasa membawa dan mengisi buku lakaran saya sebagai journal dairi ( I decided to keep an ongoing journal henceforth).
Saya memileh satu perjalanan ke-daerah selatan US atau ,’The Southwest States’ yang yang termasuk New mexico, Aeizona dan Colorado. Saya saya sejak awal lagi sang menarik dengan negeri2 inisebab disini terdapat tempat Native Anerican dan sejarah mereka. Perjalanan ini telah dilakukan dengan membawa kereta Chevy Impala yng say beli dengan harga du dollar US iut. Saya jyga ditemani oleh Jerry Sule anak Charles Suke yang pada masa itu brumur 1117 tahyn. Kami bertolak dari Green Bay degan kereta yang berisi banyak ‘Ration’ malanan dalam tin dan satu ttwo man tent, kemah ynag memuat dua orang.
Kami terus begerak menghala ke selatan melalui negeri2 seperti Illinois, Infiana Iowa dan Oklahoma dimana kami berhenti untuk melawat Museum of natural History disitu. Kami sangat tetarik dengan pameran sejarah silam Native American yang hari ini sangat benci dengan pangilan Red Indians pada diri mereka.Walaupun dlam keadaan ;tight budget’, saya beli sabuah berkenaan kehidupan Native American yang didokumentasikan dalam bentuk lukisan dan lakaran oleh saorang pelukis kulit puteh yang dapat ‘capture’gaya kehidupan suku2 Native American di zaman yang lampau. Kami singah akhirnya di- Kansas di sebuah Bandar yang kecil dimana tingalnya sekelamin peladang ‘ranchers’ yang alamat mereka diberi kepada saya oleh saorang sahabat juga pelukis di UWCB.
Mereka tertarik dengan Jerry sebab gelagatnya yang sentiasa ingin tahu, apa itu dn apa ini. Pada esok harinya kami dibawa ke Sunday Church Service dipekan hamper yaitu bernama Udall, Kansas. Apa yang menarik tentang pecan ini bagi saya ialah segalanya teratur dan cantik sama seprti yang trdapat didalam filem2 Walt Disney bertemakan penghidupan dipekan seperti begini.  Gereja ayng kecil itupun termasuklah dalam perasaan yang sama, ianya seperti satu arca yang semula jadi bukan sesuatu yang wujud memakan masa yang lama, developed and evolved over time. Pendek kata macam satu set movie.
Padre yang membei khutbah dimimbar pada pagi itu juga out of character dan khutbah atau sermon beliau tidak jauh beza dari apa yang kita dengar didalam Zendo dimana Zen master meberi Daharma talk atau khutbah menurut pelajaran Zen Buddhism. Contohnya, sudah makan basuhlah pingan dan cawan kamu. Berjubah hitam dengan rambut rapat hamper botak, jikalau saya pejam mata tidak mungkin saya rasa berada dalam satu Buddhist temple dan bukan dalam gerja atau chapel yang kecil dipenuhi dengan pa’cik dan ma’cik kulit puteh.
Saya mengikuti service pagi itu dengan penuh persaan dan tafakur termasuklah menrima cathicasm yang dimana bersamaan semua jemaah yang hadzir saya berlutut dihadapan Padre disebelah Jerry Sule dan menerima sekeping roti yang di letak di atas lidah saya dan meminum seteguk wine yang disuap ke mulut saya  saya di bless, In the name of the Father, The Son and the Holy Spirit…Amen. Mengikut segala pendapat para ulama’ Islam saya sudah murtad, tetapi mengikut hati yang berlutut dihadapan Padre yang ‘out ofcharacter didalam gereja kecil yang wujud seperti satu set Disney movie itu, saya hanya memainkan peranan saya sahaja sebagai pemerhati atau saksi akan satu upcara yang dimainkan untuk penglaman saya dalam perjalanan hidup saya. Bak pepatah Melayu, seglanya berlaku seperti hujan keatas daun keladi. WallahuAllam.

0 comments:

University Without Walls - University Tampa Sempadan.

9:34 PM Shamsul 0 Comments

Degree yang saya buat di pangil Independent Study oleh sebab saya yang merekakan bentuk degree itu melalui suatu program yang di pioneerkan oleh Universiti Wsconsin Di- Madison. Program yang ber tajuk ‘University Without Walls’ ini memberi peluang pada pelajar yang layak membentuk degree sendiri dengan berberpa sharat. Pelaja mestilah menerima grade point average tidak kurang dari 3.5 dan menulis proposal tentang matlamat dan cara mencapaikan matlamat itu. Kertas proposal itu akan dibaca dan ditimbang oleh empat orang Fekalti dan dapat persetujuan meraka yang  program yang dicadangkan boleh dilakukan, Akhir sekali pelajar akan dintemuduga oleh member Fekalti yang berkenaan.
Kertas kerja yang saya tulis dan serahkan kepada ketua fekalti dalam jurusan seni  menghujahkan hasrat saya kenapa dan mengapa saya memileh gaya sebegini.  Pertama saya menyatakan yang saya ingin melakukan pelajaran saya sebagai saorang Artist diluar studio dimana dapat say mempelajari seni semasa dalam perjalanan. Satu2 sebabnya saya ingin membuat sedimikian ialah setelah memmenuhi dua semester credit saya dapati studio bukan tempat saya dapat meluahakan kebolehan saya sebagai pelukis saya hanya membuang masa kerana tidak belajar apa2 yang baru atau unik. Saya perlu keluar dari Kampus dan lakukan ciptaan saya atas jalan, ‘Art in the Street’.
Saya juga menegaskan yang minat saya buka sahaja menjadi saorang pelukis yang handal tetapi juga mepunyai kebolehan mengunakan kehandlan saya itu sebagai alat berkomunikasi dikhalayak ramai atau ‘ communicating with the lay person in the street about Art.’ Selalunya saya dapati pelukis2 kurang maher atau engan membincang karia2 mereka bila disoal oleh mereka yang tidak memunyai apa2 fahaman tentang seni atau lukisan. Dan juga saya dapati kebanyakan pelukis tidak dapat melakukan karia mereka bila di tontoni oleh orang ramai. Ini dapat diataskan dengan melakukan lukisan dimana jua saya berada bagi mendokumenkan perjalanan saya.

Saoran artist yang saya angapkan complete atau whole, yang berisi, bukan dia ayng boleh melukis dengan handal sahaja atau dapat mengingati sejarah tentang pegerakan seni dalam sejarah, ianya boleh berbincang seni dari sudut apa sahaja, maupun politic, ugama, falsafah atau macam mana hendak tukar tayar kereta. Ini tidak dapat dipelajari dalam studio, ianya terpaksa diterokai melalui pengalaman dalam hidup dari hari kesehari dan daari satu environment ketempat yang lain. Umpamanya melakukan lakaran dikedai kopi tepi jalan akan mengundang pengalaman yang berbeza dari membuat lakaran di lobi hotel 5 bintang. Sekurannya komen yang akan diterima akan jauh berbeza tentang apa itu lakaran dan kenapa setengah orang boleh dan yang lain tidak. Atau seni lakaran itu semata2 membuang masa tiada faedah apa2 pun.

0 comments:

Sahabat karib saya di Green Bay.

9:29 PM Shamsul 0 Comments

Michelle juga saorang artist yang sangat halus dan sensitive karyanya dan kegemaran beliau hamper sama dengan saya dalam pilihan jenis music, makanan dan minuman. Ayah beliau saorang, liquor salesman member gelaran,’The brown bomber’ kepada saya dan menerima tali persahabatan saya dengan anaknya tampa sebarang ragu. Ibu Michelle pun begitu juga seperti ayah beliau, saorang yang sentiasa ceria dan menerima saya macam anaknya sendiri.
Salah saorang yang juga yerhutang budi dalam masa yang sama ialah sahabat karib saya yang bernama Cahrles Sule saorang computer  salesman yang mempunya tiga orang anak lelaki yang juga turut menuntut di-UWGB. Saya di terima baik oleh keluarga mereka dan selalu meluangkan masa melayan Mr. Sule saorang yang jarang sekali meningalkan rumahnya sesudah pulang kerja. Beliau akan duduk dikerusinya menghadap TV dan mankan malam di situ juga yang memberi ertikata TV dinner yang sebenr. Charles adalah saorang yang kurang bercampur dengan sesiapapun setahu saya ini termasuk anak2nya, sayalah sesaornag yang beliau dapat bersembang dengan mesra. Charles mempunyai hobby membawa boat yang beliau selalu membawa keluar bermakan angin disekitaran Lake Michigan. Beliau kelihatan sangat ashik memandu botnya kadangkala kelihatan sebagai captain kapal perang yang serious menjalankan tugas. Boat dinama Lisa Marie nama salah saorang anak perempuan dalam keluarga Sule.

Saya menerima banyak petunjuk dan nasihat dari beliau sebagi saorang professional dan saorang ayah yang membesar empat orang anak lelaki dan tiga perempuan dan selalu kelihatan membuat kertas kerja dirumah selepas makan malam, saorang yang penuh disiplin. Kelemahan Charles ialah beliau hisap rokok macam kereta api dalm dan luar rumah dan keretanya bahu asap rokok belum masuk kereta lagi. Semasa berkenalan denganya saya coba nasihat beliau mengambil photography sebagai hobi smapingan dimana beliau dapat meluahkan creative energy  melalui seni. Tidak lama lepas itu Charles menjad saorang wedding photographer yang terkenal di Green Bay dan beliau mempunyai sabuah photo studio yang lengkap dengan camera2 yang paling bermutu dan mahal. Saya dengan sindiran mengata pada beliau yang mksud saya suruh dia ambil hobi itu buka nak buat diut tapi nak relax saja dari jadi salesman, tapi akhirnya dia jadikan satu bines hobinya.

0 comments:

Membawa kehidupan saorang siswa.

9:25 PM Shamsul 0 Comments

Saya menyewa satu bilek di sabuah rumah usianya lebih seratus tahun ujar tuan rumah (Landlord) Mr. Lee Lodl saorang bachelor yang tinggal bersendirian disabuah ‘old farm house’ yang terletak jauh dari segala rumah kecuali rumah jiran yang bertetangan diseberang jalan Humboldt Road yang hanya dua kilometer dari UWGB. Saya menjawab advertisement beliau yang menyebut, “Looking for a gentleman scholar type. Csll number. “ Saya buat pangilan dan berjumpa beliau dikediamanya terus jatuh cinta dengan tempat itu macam satu impian menjadi nyata. Rumahnya rumah lama diperbuat dari kayu dan mempunyai fireplace dan bilek saya di tingkat atas tingkapnya dirumbuni pohon apple yang tua berkarekter. Sejauh mata memandang dimusim panas  pokok jagung macma lautan hijau dan dimusim sejuk keliling rumah puteh tampa satu pohon kelihatan berbatu2. Dua silo yang asal diperbuat dari kayu berdiri condong ke sebelah dan di dalam barn yang tidak digunalagi terdapat bemacam khazanah lama kebanyakan alat2 meladang yang antic termasuk kapal terbang biplane yang bersayap kembar jarang sangat di guna lagi.
Lantai rumah berkarpet merah jambu dan alat perabut kebanyakan barang2 yang asal sama berumur dengan rumah. Ynag moden hanya stereo  dan album classical dan jazz, kegemaran kami. Lee jarang berada di rumah sebab urusanya dan dia selalu ke-Iron Mountain Michigan dimana dia membeli sabuah bangunan church lama dan dalam process mengubah suai menjadi ski lodge. Saya selalu mengekori beliau jika diizinkan masa sebab kawasan Iron Mountain ini satu2 tempat yang paling mengkagumkan keindahanya terutama pada musim guguran daun atau fall di US dan autumn di England. Terdapat Olympic ski ramp disitu dan jika kita berdiri di kemuncak ramp tersebut pada hari yang clear,kita dapat melihat empat buah negeri di sekiling kita, termasuk Michigan, Minnesota, Wisconsin dan Canada. Pada daun mula betukar warna disekeliling kita macam lautan pelangi, rainbow ocean.

Untuk kesana kemari kendraan yang saya guna pada masa itu ialah sabuah kereta Chevy Impala model tahun 6 5 yang di belikan dengan harga dua US dollar daripada girlfriend saya Michelle saorang freshman di-UWGB. Kereta itu asalnya kepunyaan neneknya yang ditinggalkan untuk kegunaan beliau. Michelle adalah teman wanita saya yang pertama sejak saya menjadi bachelor, beliau adalah saorang gadis remaja berumur lapanbelas tahun dan berbadan gempal dan ra but kerinting panjang. Senyuman manisnya sentiasa menawan hati saya dan beliau walaupun masih muda berfikiran sangat mature dan pintar. 

0 comments:

Melangkah hidup Baru - Menimba Ilmu.

9:23 PM Shamsul 0 Comments

Mula hidup bersaorangan saya dinasihati oleh saorang sahabat baik saya, Alan Hautamaki yang pada suatu ketika pernah menjadi jiran apartment kami. Lan bertugas sebagai student councelor di- Universit Of Wisconsin, Green Bay , (UWGB). Beliau sering menasiahtkan saya untuk menyambung belajar kaunivesiti sebab beliau percaya yang saya mempunyai kebolehan lebih daripada menjadi saorang ‘Packing House’ employee’. Saya tidak mengambil tindakan atas nasihat beliau sebab rasa lebih mudah membuat apa yang saya sudah menjadi cekap untuk membuat duit. Juga saya tidak percaya akan diterima masuk ke univesiti kerana tdak mencukupi kelayakan sijil (SPM). Aapabila saya beritahu akan sebab ini beliau bertanya apa itu SPM saya pun terkejut dan mula memikir yang sijil Malaysia itu tidak laku di –US. Beliau kata yan saya perlukan ialah menduduki SAT test untuk memastikan yang saya boleh bertutur dan menulis dengan tidak ada masaalah. Jikalau saya lulus saya akan diterima menjadi student tampa halangan.
Perlukah saya lulus dalam sabjek mathematic? Tentu sekali. Ah..sorry la, ini pekara yang musthil bagi saya dan saya ceritkan pahit maungnya saya hadapi di sekolah rendah kerana math. Setelah mendengar alas an saya beliau kata jagan khuatir jikalau saya betul mau ubah hidup saya pada masa depan saya akan lakukan apa yang dia nasihatkan. Dia akan bawa saya berjumpa dengan math councelor di university dan terpulang pada saya mau atau tidak. Kami membuat temujanji dengan Mr. Armstrong di university untuk saya dengar nasihat beliau. Pendek kata, Mr. Armstrong satelah mendengar alasan2 yang saya beri berkata yang apa yang sudah berlaku sudah pun berlalu sekarang jikalau saya mahu lulus dalam sijil SAT ini saya perlu buat apasaja yang dia arahkan tampa sebarang alasan lagi.
Selepas mmenajalani latihan selama sebulan dibawah saorang guru yang penuh kesabaran dan bijak mengenal kelemahan2 yang selama itu mecengkami emosi saya bekenaan subject math hingga menjadi satu phobia hidup. Saya masa mengambi pepereksaan LCE dan SC apabila di arah bermula dalam kertas mathematic hanya tulis nama saya dan bagun meningalkan dewan pepereksaan. Guru2 saya yang pernah mengajar subject ini dari tingkatan satu ketingkatan lima pening kepala dan mati akal dengan daya upaya mereka untuk membuka minda saya supaya faham betapa mudahnya ilmu hisab. Tetapi hati saya telah hancur dirennyak oleh guru2 sekolah rendah saya di Francis Light Primary school dimana saya dengan kejamnya dihukum tiap2 hari termasuk menangal seluar saya dihadapan murid lain dan di rotan oleh guru besar kemudianya. Saya pernah menaruh dendam hinga sangup membunuh satu dua antara mereka jikalau saya mempunyai senjata apai pada masa itu.

Salepas sebulan dan tiga kertas peperiksaan saya Berjaya dengan cemerlang mendapat seratus percent betul jawapan bagi  tiga2 periksa. Saya tidak percaya dan pernah bertanya Mr. Armstrong samaada itu sajakah jawapan2nya dan beliau berkata”Yes! That is all, what did you expect?” Sangat terhutang budi saya kepada beliau tidak dapat saya bandingkan. Dia bukan saja membuat saya faham selok belok ilmu hisab sahaja, malah  beliau mengubat satu jiwa yang penuh dengan keresahan hidup. Selepas lulus dengan cemerlang peperiksaan SAT, saya mula  memakan lima tahun tambah setahun sebab tidak mahu ianya berakhir.  Saya menjadi seperti saekor musang terlepas masuk reban ayam.

0 comments:

Kerana Nafsu, Badan Binasa.

9:20 PM Shamsul 0 Comments

Tempat tinggal saya di Milwaukee ialah satu bilek yang saya berkongsi degan pasangan warga emas. Ray dan Maybelle adalah rakan hidup dimana Ray yang lebeh muda daripada Maybelle menjaga temanya yang uzur. Kami tidak ada apa2 masaalah ber kongsi satu kediaman yang dimiliki Maybelle dan Ray juga saorang alcoholic sentiasa dalam keadaan mabok. Jiran kami adalah sabuah restoran Cina dimana saya selalu makan dan berbual dengan saorang gadis Cina yang bekerja disitu. Saya juga buat keputusan untuk mula melukis masa lapang saya sebab Isteri dan anak saya masa itu masih berada di Green Bay. Ujung minggu saya balik untuk bersama mereka.
Tdak beberapa lamanya isteri dan ank sya turut pindah kesuatu tempat berdekatan Milwaukee iaitu West Allis. Semasa di West Allis isteri dapat mejadi guru disekolah beredekatan tempat kami. Disinilah kami mula mersai yang hidup kami hanya berpura2 dan demi kebahagian masing2 kami buat keputusan untuk becerai. Sebab sabitnya yang lebih dalam tidak akan saya ceritkan disini kerana ia tidak akan medatangkan manafaat bagi sesiapa pun. Tetapi saya menyalahkan diri saya sendiri atas apa yang berlaku seterus dalam hidup kami. Saya mengaku yang saya telah menjadi lebih teruk daripada beratus ekor lembu yang saya kerjakan selama tiga tahun lebih itu. Saya dekat2 hilang fikiran dan menyerah diri kepada nafsu dan persaan hampa atas kegagalan saya menjad saorang suami dan ayah kepada kedua3 hingga saya tidah lagi dapat membezakan yang salah dari yang betul.  

Percerain kami disaksikan oleh Kawan saya Joe Reka dihadapan mejistret di-Green Bay. Isteri saya diberi tangung jawab atas anak saya dan saya dikecualikan membuat apa2 bayaran sara hidup anak saya. Joe telah membuat rayuan dengan mejistret atas apa yang beliau ketahui tentang kami dna saya juga dikecualikan membuat bayaran terhadap court atau legal fees. Selesainya proceding itu saya dinasiahti Joe yang saya mengabil tindakan yang waras dan beliau percaya yang kami akan hidup lebih berma’na kerana perkahwinan kami sudah tidak ada harapan lagi hanya akan menjadi lebih buruk jukalau kami tidak tamatkanya.

0 comments:

Berhijrah Ke- MIlwaukee, Wisconsin.

9:18 PM Shamsul 0 Comments

Lewat hari itu saya menerim khabar yang enam orang pekerja yang mahir juga turut meletakan jawatan mereka memprotes tindakan majikan terhadap kami. Saya juga menerima tawaran jikalau mau untuk bekerja dikilang daging yang terletak di-Milwaukee, Wisconsin, sabuah Bandar lebih kuran 70 batu jauh dari Green Bay. Pada hakikatnya nama saya telah menjadi buah mulut rakan2 di tempat kerja sebab berani bediri menegak keadilan. Pendak kata say jadi hero seketika walaupun saya rasa yang saya menjadi bodoh kerana membuka mulut tampa periksa dahulu. Saya tidak hairan sangat tentang dipecat tetapi saya berasa salah terhadap mereka yang mendapatkan saya pekerjaan itu bila saya dalam kesusahan.
Beberpai kemudian satelah mengambil masa untuk relax dengan keluarga saya saya bertolak ke Milwaukee dan di terima bekerja dengan serta merta. Saya meminta masa untuk mencari tempat tinggal di- Milwaukee dahulu. Dengan mudahnya saya dapat tempat dengan pertolongan saorang supervisor ditempat kerja baru saya yaitu, Peck Meat Packing ayng saya diberi tahu adalah  “Rival Company” atau kompani yang bermushan dalam industry memprocess daging.

Tidak genap sebulan bekerja saya ditunjukan keratan surat khabar oleh saorang supervisor sambil berkata, “ Hey Sammy! Looks like your good friend Ziggy  bought it!” Hey Sammy nampak gaya kawan rapat kamu telah menerima padahnya sebab disiasat oleh FBI kerana didapti mengintip dengan menguna alat wire tapping terhadap company yang bersaing denganya. Ziggy apakala menerima pangilan telipon itu telah mengalami serangan jantung dan meningal dunia! Saya rasa serba salah sebab sunguhpun saya marah akan tingkah lakunya yang angkuh itu, saya tidak sekali2 harapkan dia mati.

0 comments:

Kena Buang Kerja.

8:34 PM Shamsul 0 Comments

Saya bekerja di kilang potog daging selama hampir tiga tahun dan dalam masa itu dapat sewa sabuah apartment untuk keluarga dan beli sebiji kereta untuk kegunaan saya sendiri. Isteri saya juga bekerja sebagai personal assistant kepada saorang lawyer, Joe Reka, Joe dan saya jadi kawan baik sebab dia suka target shooting dan saya selalu mengekorinya untuk dapat peluang menembak menguna pelbagai jenis senjata yang dalam koleksi beliau. Kami mulai hidup dengan selesa  dan sering berjalan kesana sini pada masa percutian. Saya dapat banyak rakan sekerja yang tingal diluar Bandar dari Breen Bay dan kerap dijemput ketempat kediaman mereka untuk  bercuti atau memburu pada musim pemburuan rusa,’ Deer hunting season’. Kami selalu mmengadakan BBQ di rumah masing2 begiliran pada hujung minggu.
Perkerjaan sebagi boner di Green Bay Meats and Cold Storage berakhir apabila saya dipecat sebab melawan pehak majikan dalm satu insiden yang melibatkan kesemua pekerja yang mengistiharkan mogok atas sebab tertentu. Hari itu semua orang di atas line berhenti kerja kerana memprotes sebab dipaksa berkerja lebih masa  yang keterlaluan daripada yang disetujui olh majikan dan union. Saya tidak tahu belum itu yang ini adlah tindakan serentak oleh union ,saya tidak sedar yang kami ada union pun. Jadi apabila supervisor menarik yang dikatakan kepala yang mendalang tindak ini dari meja kerja, saya lihat beberapa orang pekerja takut dan mula bekerja semula. Ini mmenibulkan marah saya sebab yang di tarik ke office kawan baik saya.

Saya degan kuatnya melaong cabaran terhaday mereka yang mula balik bekerja, ‘You Amricans got no balls, you let one man take the blame for all your actions!” Kamu American tiada batu, kamu membiarkan satu orang menerima padah atas tindakan kamu semua. Sejrus kemudain saorang forman lagi dating dan heret saya juga kepejabat untuk menemui president company itu. Presiden company adalah saorang Yahudi yang bernama Ziggy Frankenthal dan dia bersama anak perempuanya memecat kami berdua dengan sertamerta. Frankkkenthal dengan angkuhnya berkata,”I fire the two of you today I can easily hire ten more tomorrow!” Saya pecat kedua kamu hari ini , esok saya boleh ambil sepuloh pekerja untuk menganti tempat kamu. Saya bangun sambil berjalan menuju pintu bekata, Ia akan megekori kamu satu hari kelak, “It will catch up with you one day!”

0 comments:

Tukang potong Daging - Green Bay.

8:30 PM Shamsul 0 Comments

Pekerjaan yang lebih kekal datang melalui dua orang regular yang kerap singah di Farr’s Grove, mereka adalah supervisor bagi sabuah kilang memprocess daging lembu di-Green Bay. Green Bay Meats and Cold Storage adalah satu2nya kilang potong daging lembu yang terbesar di America. Saya dipelawa bekerja atas permintaan Chet Farr  sebab saya, perlukan pekerjaan sangat pada masa itu. Saya setuju untuk coba kebolehan saya dan masuk bekerja pada esok hari. Tiba di kilang tersebut saya dapati  yang perkerjaan itu bukan mudah dan perlukan tenaga yang saya jangka tidak perolehi. Sebab saya tidak ada alasan untuk menolaknya saya bermula sebagai saorang ‘Boner’.
‘Production line’empat saya kerja mempunyai dua barisan pekerja yang bediri mengadap masing2 dan di tengah begerak conveyor belt yang membawa potongan  lembu yang di kerat empat bahagian bagi saekor lembu. Bahagian hadapan dikenali sebagai ‘Chucks’ dan bahagian belakang ‘Hinds’.Saya ditugas memotong bahagian depan yang mengandungi dada dan bahagia leher lembu. Tugas kami adalah memisahkan tulang dari daging dimana tulang2 yang sudah dipisahkan dilemparkan di atas conveyor belt yang begrak pada paras atas dan daging di tolak balik semula pada conveyor belt yang dihadapan kami. Tiap2 saorang perlu menarik keluar suku lembunya mengikut giliran.
Alat yang perlu kami  ada termasuk beberapa bilah pisau potong daging ikut kehendak sendiri, Sarung tangan dan termasuk sebelah ‘mesh glove’ atau sarung tangan yang diperbuat degan  jala besi untuk mengelak luka tangan bila ashik memotong. Tangan yang tidak memegang pisau menguna besi cakuk atau ‘hook’ untuk memegang daging.  Juga di sediakan satu ‘Belly guard’ yaitu sakeping ‘apron’  getah yang keras untuk menutup bahagian perut. Untuk memastikan yang pisau di guna sentiasa tajam,sebilah alat yang dipangil ‘Steel’ dan sebilah ‘ceramic’ di gantung dari pingang. Batu asah dan sarung menyimpan pisau2 yang tidak di guna juga disediakan.’
Kami diperlu memakai ‘coveralls’ bewarna puteh dengan ‘cap’ dan juga kasut boot yang tahan lasak dan tidak di tembusi air atau ‘Waterproof Boots. Pekerjaan kami bermula apabila suku bahagian lembu mula dibawa melalui depan kami atas conveyor belt. Daging ini dikerat dua  oleh ‘The sawman yang bertugas dikepala line dimana lembu tiba dalam keadaan saekor dibelah dua mengikut tulang belakang dari leher kebahagian pungung. Tulang belakang maknanya dikerat sama tengah dan kemudian dibelah menjadi empat.
Dari awal pagi hinga petang kami memotong kadangkala lebih serauts ekor lembu dalam satu hari. Dalam lapan puloh orang bekerja memotong daging dan diawasi oleh empat orang supervisor semasa bekerja. Bila tiba masa untuk keluar dari kilang itu kami belumuran darah dari hujung rambut kehujung jari bak pepatah Melayu. Oleh sebab kami bekerja dalam bilek yang sejuk kami terpaksa memakai pakain yang tebal seperti sweater dan thermal underwear untuk memanaskan badan. Oleh sebab kerjanya sangat lasak kami .berpeluh di dalam lapisan pakaiyan kami. Apabila sudah kian lama berkerja saya menjadi mahir dan dapat memuat ‘Tali’, yaitu memotong lebih banyak daripada yang diperlukan. Tiap2 yang lebih kami dibayar extra dan ini membuat kami bekerja dengan pantas belumba2 untuk memngeluarkan lebih banyak daripada orang lain. Daging yang dipisahkan tulang dari daign ini di kotakan dan dihantarkan ketempat2 yang mebikin hamburger. Ada bahagian daging yang di potong degan teliti dan dijualkan aasing seperti bahagian ‘tendrloin’ dan ‘Bisket’ yang digunakan untuk me mbuat steak.

Saya keluar rumah awal pagi belum matahari timbul dan pulang larut petang selepas matahari tengelam tiap2 hari bekerja. Pada musim sejuk atau winter saya terpaksa memakai tiga empat lapis pakayan dan temasuk kasut salji atau ‘snow boots’. Saya menumpang naik kereta kawan sama kerja  pada mulanya hingga say adapt lessen dan kereta sendiri.  Saya membawa kereta Chevy Nova yang diberikan kami oleh ibu mertua. Kereta ini hasil bayaran pampasan untuk dua biji kereta satu hak Mertua uang lagi satu hak adek ipar dan kedua2nya telah mengalami kerosakan bilah ditimpa hujan batu atau ‘hail’. Hujan batu yang berlaku sabelum kami sampai dari Malatsia itu telah mengakibatkan kemek pada body kereta seperti dihentam bola golf. 

0 comments:

Selamat Datang ke-Packer Country.

8:28 PM Shamsul 0 Comments

Disitu lah akhirnya peringgatan saya tentang trajidi meminum Sembilan shot brandy yang di hadiahkan saya oleh Chester Farr, tuan empunya Farr’s Grove, di Duck Creek, Brown County, Green Bay, Wisconsin! Keesokan hari saya dapati yang saya telah diterima sebagai saorang daripada keluarga penghuni Duck Creek dengan rasminya. Saya di beri kerja mencuci bar dan pelbagai tangung jawab yang datang dengan jawatan itu. Saya ditunjuk ajar bermain pool, ‘Ice Fishing’ menungang Snowmobil dan lain2. oleh berberapa pengunjung remaja yang selalu singgah disitu dan dikenalkan kepada siapa jua yang masuk keluar. Selama saya tinggal bersama mertua saya tidak pernah melihat saorang pun yang bukan kulit puteh.

Tidak berberapa lama kemudian saya dapat bekerja di-Lambeau Field, stadium dimana permainan American Football diadakan dan ianya ialah rumah bagi,’ The Greenbay Packers’, pasukan tempatan yang dimileki oleh penduduk2 Green Bay  sendiri.  Ibu mertua saya adalh salah saorang yang memegang saham team football dan tiap2 tahun dia menerima season tiket untuk menonton perlawanan2 yang di adakan di-stadium ini. Saya dan isteri saya dapat peluang menonton beberapa lawanan yang diadakan di stadium itu. Orang yang paling mustahak bagi tiap team  Amrican Footbal ialah yang digelar, Quarter Back dan pada masa itu Bart Starr menjadi Quarter Beck bagi Green Bay Packers dan beliau sangat handal dan Berjaya membawa team ke perlawanan akhir di-Super Bowl sebanyak tiga kali.

0 comments:

Mendapat Ilmu Jin dari dalam botol.

8:25 PM Shamsul 0 Comments

Dengan tidak semena kelakuan saya menari ditengah padang tamapa kasut dan memakai ‘skirt’ dan T-shirt telah menjadikan saya buah mulut seluruh warga Duck Creek yang pada hari itu sedang meluangkan masa memakan dan minum di ‘Tavern’ yang berdekatan  degan rumah mertua saya. Pada mereka terutama mereka yang sudah minum berberapa glass beer yang lebih dari hadnya adegan saya pastilah sangat lucu. Saya diberi tahu yang ada yang mengatakan, “ What in tarnation is going on behind Beatrice’s house?!” dan yang lain menjawab, “Oh that’s Beatrice’s son in law just arrived from somewhere back East!” Apa hal yang sedang berlaku dibelakang rumah Beatrice tu! Oh itu menantusi Beatrice yang baru tiba dari negeri timor sana. Saya dengan ta’secara lansung dikenali oleh mereka yang kesemuanya kenali mertua saya.
Beatrice Gorst makmentua saya adalah saorang yang agak disegani sebab bila bersuara seluruh tavern atau bar disitu akan pandang ke- beliau. Beliau suka bermain pakau dengan kaki2 yang menjadi tetamu regular disitu. Suami beliau yang sudah meningal berutgas sebagai training pilot atau pelateh juruterbang dan pada perang dunia kedua Beatrice turut juga menjadi ‘aircraft engineer’ atau engineer pesawat. Sayang beliau meninggal dengan tidak mengetahui yang cucunya Nari Bahari sekarang telah menjadi saorang Captain yang menerbang untuk  satu2 Airline yang terbesar dan terkenal didunia, yaitu Emirates Air berpengkalan di Dubai.
Saya mula beranikan diri dan mula mengatur langkah masuk ke- Farr’s Grove dimana saya dilayani oleh Chester Farr, tuan yang punya premis itu. Chet saorang yang sama berumur dengan Beatrice selalu akan jabat tangan dan Tanya, “So what will it be, Sammy?” Apa yang kamu idamkan hari ni, Sammy? Nama saya yang di panggil isteri Sam mual ditukar menjadi Sammy dikalangan penghuni Bar disitu. “Oh just coke Chet, please.” Hanya coke Chet saya jawab. “Oh no, not today! You look like you could use something a little more stiffer!.” Oh tidak, kamu kelihatan perlukan  minuman yang lebeh keras dari itu. “ Go ahead, Chet!.” Hentam saja la, Chet saya cabar balik. Chet mengeluarkan satu botel Brandy dan tuang satu glass shot penuh dan tolaknya kearah saya. “Down the hatch Sammy.” Mulakan dengan ini beliau kata dan saya dengan tampa kata ambil glass kecil itu dan kosongkan minuman yang disinya. Saya Cuma rasa tidak selesa dengan rasa minuman itu yang masuk kedalam keronkong saya macam kena bakar. Selepas itu beliau tuang kan satu lagi hingga saya kira Sembilan ‘ shot glass’ yang di terap teratur di depan saya atas meja bar itu.
Dengan persaan curiga sedikit saya bangun dari ‘Bar stool’ dan sambil mengucap terima kaseh kepada bar tender yang juga tuan rumah yang kami diami berhampiran, saya mengatur langkah munuju pintu keluar. Pada masa itu kasut yang saya ada hanyalah kasut tumit tinggi laki2 yang zaman itu menjadi fashion pilehan di Malaysia, itu dan seluar ‘bell bottom’. Saya tolak pintu pertama dengan mudah dan dapati degand hairan ayng mukka saya mengadap sama dengan ‘door nob’ pintu kedua. Boleh dikatakan semua rumah2 dan bagunan mempunyai dua pintu di-Wisconsin kerana musim sejuk. Pintu kedua selalynya hanyalah diperbuat dari aluminum dan kaca di belah separuh atasnya. Yang anehnya saya dapati yang door nob kepintu kedua parasnya sama saja dengan paras hidung saya.

Saya berjaya membuka pintu degan sedikit kesulitan dan terus menghala keparking lot di mana berberapa kereta terletak disitu, Dengan berberapa langkah saya dapati taya kereta  di depan muka saya. Mula merasa sesuatu yang tidak kena saya cepat2 menuju kearah padang di belakang rumah mertua saya dan bergantung pada handle pintu luar rumah itu dan coba membukanya dengan berberapa percobaan hinga Berjaya masuk. Didalam saya dapati mertua saya berdiri tegak sambil bercekak pingang dan menlolong, “What have we here?!” Apa hal ni?!

0 comments:

Menadapat Ilham Hidup.

8:21 PM Shamsul 0 Comments

Sudah terlambat untuk menyesal yang hanya dapat dibuat hanyalah tabahkan hati dan ikut jejak langkah menuju keluar dan menghadapi kesejukan dan apa jua yang akan ditempuhi kelak. Memandangkan langit yang kelabu warnanya tampa awan dan pohon2 tampa daunya, saya menerima hakikatnya yang masa depan kami anak beranak akan menempuhi cabaran dan rintangan. Sampai di kediaman ibu mertua dan satelah menerima keputusan dari doctor mengenai kesehatan kami, anak dan diri kami dikuarantinkan, perasaan saya terus merudum hingga saya rasa yang saya akan hilang akal.    
Sudah menjadi tabiat saya mengadap TV tiap hari menonton siri jenaka yand di tayangi tampa warna seperti siri berjodol “ Private Gomer Pyle” atau “Giligan’s Island”, M>A>S>H 4077 dan lain2. Saya selalu bersarong dan memakai hanya T-Shirt walaupun di luar cuaca  sejuk gila2. Ini sebab Ibu mertua saya sangat perihatin akan keselesaan saya dengan meninggikan suhu dalam rumah. Beliaulah penawar dalam menempuh cabaran hidup pada masa itu. Kaki dia sentiasa bengkak dan ke. rana umur dan penyakit Athritis beliau sentiasa dalam keadaan kesakitan. Walaubagaimana pun tiap2 hari beliau kejiran sebelah bekerja memasak.
Pada satu ketika tengah ashik menonton TV saya tepandang di luar tingkap dan terchengang degan apa yang saya lihat. Diluar saya nampak ketul ketul kapas melayang turun kekiri kekanan dengan perlahan. Keindahan phenomena itu membuat saya terpaku dan minda saya jadi kosong, saya dengar apa2 pun walau TV berbunyi di hadapan saya. Saya bangun dan berkejar keluar dari pintu belakang tampa hirau teriakan  isteri saya yang sedang membasuh pingan mangkuk disinki. Tiba diluar saya berdiri dengan menatangkan tangan dan melangut ke langit sambil coba menangkap kapas2 yang jatuh dari langit itu. Saya hanya sedar kelakuan saya yang aneh itu apabila saya dengar suara ibu mertua saya yang kuat dan nyaring menyruh saya masuk belum saya bekukan pongung saya. ‘Come right back in before you freeze your butt!’

Bila sedar saya baru rasa kaki saya macam pijak ais sebab berkaki ayam dan saya tidak memakai apa2, hanya kain dan T-Shirt. Semasa into juga saya terdengar suatu bisikan yang mengatakan, “ Kamu sekarang berada di negeri orang dan tiada siapa yang kenal atau tahu dirmu, penakut atau berani, cerdik atau bodoh, inilah peluang bagimu menepuk dada tanya selera.” Saya masuk dengan persaan ayng sangat memeransangkan saolah menerima satu ilham, saya rasa ringan semula penuh keyakinanan,dapat menentukan haluan hidup sendiri di-Amerika.

0 comments:

Berhijrah ke Amerika demi masa depan.

8:10 PM Shamsul 0 Comments

 Boleh dikatakn pada masa itu walaupun kami hidup berjauhan, beliau di Shah Alam dan saya di- Pulau Pinang, saya merasa ini tidak tahan lama atas sebab ‘status’ kewargaan beliau dan Jabatan Imigresen Malaysia. Juga beliau menghadapi sifat khianat dan dengki yang di amalkan orang Melayu ditempat pekerjaanya. Kami membuat keputusan yang mana biarlah saya yang menghadapi cabaran hidup kami ditanah air asal beliau. Maka berhijrahlah kami tiga beranak ke-Wisconsin, suatu negeri yang paling sejuk pada musim sejuk di-Amerika.
Perjalanan kami bermula dengan dugaan yang paling ketara sebab setibanya kami dilapangan terbang Subang International kami dapati oleh sebab salah membaca waktu pada tiket yang kami beli kami deberi tahu oleh penjaga kaunter yang sibuk menutup kaunter disitu yang kami terlewat dua jam dari waktu perlepasan kapal terbang yang kami hendak naiki. Saya rasa kecut perut  akan apa yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku jika kami tidak dapat berlepas oleh sebab segala wang himpunan kami telah dibelanjakan untuk perjalanan ini. Kami tidak ada apa lagi untuk bergantung hidup di-Malaysia. Dalam keadaan resah dan gelabah ini saya terpandang keluar tingkap bangunan dan Nampak sabuah kapal terbang yang maseh belum begerak dan kenali yang itu ada kapal terbang yang kami tempahkan; Air Chekoslovakia.
Saya pastikan dengan pekerja yang ada disitu dan dia akui yang kapal terbang itu mengalami masaalah dan tidak dapat berlepas lagi. Saya akhirnya dengan ugutan sekeras2nya berjaya untuk beliau membenarkan kami tiga beranak menaiki pesawat itu.  Tidak berpa lama kemudian begeraklah pesawat meninggalkan tanahair yang aku kasehi untuk berapa lamanya wallahuallam. Perjalanan yang memakan hampir dua hari itu singah di-Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait dimana anak kami yang baharu empat bulan umurnya menangis kerana perlukan susu. Saya coba meminta bantuan dari dua orang Arab Kuwaiti yang bertugas disitu dan mereka tidak melayan pemintaan kami malah menenking kapada kami dengan garang dalam bahasa Arab. Saya di dalam hati saya melafaz sumpah  tehadap mereka dengan mengatakan yang negeri itu akan ditimpa bala kelak.
Perjalanan berlansung dan menuju ke-Prague dimana pesawat mendarat dan kami menungu dalam bangunan untuk pesawat itu dilengkapkan semula sabelum bertolak kedestinasi akhirnya, iaitu New York. Semasa di udara melintas lautan Atlantic, saya terpaksa mendukung anak saya kesana kemari untuk mendiamkan beliau dari terus menangis. Saya beritahu kepada isteri saya, mungkin sayalah ma’nusia yang pertama berjalan kaki melintas lautan tersebut. Mujurlah penumpang2 yang bersama kami tidak mengambil hirau atas apa yang berlaku sepanjang perjalanan.

Anak kami satelah tiba di –Wisconsin dan dirawati doctor telah didapati dijangkiti kuman yang mungkin didapati dari pesawat atau mana2 tempat dalam perjalanan kami. Oleh itu sebab jangkitan itu sangat mudah merebak maka ketiga2 kami dikuarantinkan dirumah hingga dipastikan bebas dari jangkitan kuman ‘shigela worm’, itu, Salepas bertolak dari Chicago Ohare International, kami akhirnya mendarat di – Austin Straubel Airport, Green Bay, Wisconsin. Dipertengahan bulan Ogos musim sejuk sudah tiba dan kelihatan dari dalam lapangan terbang itu menyejukan bukan saja tubuh badan tetapi jiwa raga saya juga. Saya merasai yang saya telah membuat salah pilihan dalam hidup saya dan persaan kesal menyentuh hati saya.

0 comments: